Dijelaskan didalam Kitab Al-Kunuz Al-Muhammadiyah lu Ru’yah Khair Al-Bariyah
Shallallaahu alaihi wasallam Halaman 32, ada salah satu shalawat Syeikh Abu Al-mawahib
Al-Syazuli Rahimahumullah. Ia merupakan shalawat yang mujarab untuk dapat
melihat Nabi Shallallaahu alaihi wasallam. Hendaklah dibaca sebanyak 1000 kali
pada waktu pagi dan petang :
اَللّٰهُـمَّ
صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ
Allaahumma shalli alaa sayyidinaa Muhammadin wa alaa aali sayyidinaa
Muhammad
“Ya Allah, Limpahkan shalawat kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW dan atas Keluarga junjungan kami Nabi Muhammad
SAW”.
Beliau menyatakan: “Aku melihat Nabi Shallallaahu alaihi wasallam di dalam
tidur, Baginda mengucup mulutku dan bersabda : “Aku mengucup mulut ini yang
bershalawat kepadaku sebanyak 1000 kali pada waktu pagi dan petang”.
Beliau berkata lagi: “Aku melihat Nabi Shallallaahu alaihi wasallam dan
Baginda Nabi Shallallaahu alaihi wasallam bersabda kepadaku: “Engkau akan
mensyafaatkan 100.000 orang". Aku
bertanya: “Dengan apakah aku dikurniakan
anugerah sedemikian rupa, wahai Rasulullah..?” jawab Baginda Nabi Shallallaahu alaihi
wasallam: “dengan
pemberian pahala shalawatmu kepadaku”.
0 komentar:
Posting Komentar